Saturday, November 20, 2010

APA KITA BIBLE TENTANG NABI MUHAMAD S.A.W (Part 1)

"Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini. Aku menrauh firman-Ku dalam mulutnya dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya." (Ulangan 18 :18)

Perkataan "seperti engkau ini" ditujukan kepada siapa sebenarnya. Adakah kepada Nabi Isa atau Jesus (Kristian) atau kepada Nabi Muhamad s.a.w. Untuk mengetahui kepada siapakah sebenarnya Allah s.w.t nyatakan nabi "seperti engkau ini" kepada Nabi Musa, Tuan Ahmad Deedat telah memberi penjelasan terperinci dan jelas tentang pekara ini.

1. Persamaan antara Nabi Musa dan Jesus (Nabi Isa)

1.1  Nabi Musa dan Jesus adalah sama-sama orang Yahudi.
1.2  Kedua-duanya adalah nabi.

* Tidak ada persamaan lain selain daripada apa yang dinyatakan sahaja. Menurut Tuan Ahmad Deedat jika begini semua nabi lain yang pernah disebut dalam bible juga adalah sama seperti Nabi Musa kerana mereka juga "Yahudi" dan "Nabi".

2. Ketidaksamaan Antara Nabi Musa dan Jesus

2.1 Jesus adalah Tuhan tetapi Nabi Musa bukan Tuhan.
2.2 Jesus mati untuk menebus dosa-dosa dunia manakala Nabi musa tidak.
2.3 Jesus pergi ke neraka selama 3 hari selepas kematiannya tetapi Nabi Musa tidak.

3. Lapan Hujah Yang Tidak dapat Dibantah Tentang Kesamaan Nabi Musa dan Nabi
     Muhamad s.a.w

3.1 Ayah dan ibu
Nabi Musa mempunyai seorang ayah dan ibu dan begitu juga dengan Nabi Muhamad s.a.w tetapi Jesus hanya mempunyai ibu dan ayahnya bukan manusia.

3.2 Kelahiran Ajaib
 Nabi Musa dan Nabi Muhamad s.a.w lahir sepertimana manusia biasa tetapi Jesus lahir tanpa percampuran fizikal antara seorang lelaki dan wanita.

3.3 Ikatan Perkahwinan
Nabi Musa dan Nabi Muhamad bernikah dan mempunyai anak tetapi Jesus tidak.

3.4 Jesus ditolak oleh kaumnya.
Nabi Musa dan Nabi Muhamad tetap diterima oleh kaum mereka walaupun di peringkat awal kedua-dua nabi ini menerima tentangan yang hebat tetapi akhirnya mereka tetap mengakui bahawa kedua-duanya adalah Utusan Allah. Berbeza dengan Jesus yang sampai ke hari ini tetap tidak diterima oleh kaumnya Yahudi secara keseluruhannya.

3.5 Kerajaan "Dunia Luar"
Nabi Musa dan Nabi Muhamad merupakan nabi dan juga raja. Nabi bererti seorang manusia yang menerima wahyu untuk memandu manusia dan menyampaikan petunjuk ini kepada ciptaan Allah seperti yang diterimanya tanpa ada penambahan atau pengurangan. Raja adalah seorang manusia yang mempunyai kekuasaan atas hidup dan mati rakyatnya. Cth : Nabi Musa pernah meneghukum mati orang Isreal yang melanggar hari Sabbath. Nabi Muhamad s.a.w juga bertanggungjawab penuh ke atas kaumnya. Tidak semua nabi diberi kuasa untuk menghukum umatnya seperti Lut, Jonah, Daniel, Ezra dan John Pembaptis (nabi2 dalam bible) termasuk Jesus. Mereka hanya ditugaskan untuk menyampaikan pesan tetapi tidak dapat memaksakan hukuman.
 

3.6 Tiada Hukum Baru

3.6.1 Nabi Musa dan Nabi Muhamad s.a.w membawa hukum dan aturan baru kepada umatnya.

3.6.2 Nabi Musa bukan sahaja membawa 10 perintah Allah tetapi juga hukum-hukum peribadatan yang sangat luas sebagai petunjuk kepada kaumnya.

3.6.3 Nabi Muhamad s.a.w membawa cahaya kebenaran kepada masyarakat Arab jahiliyah yang pada masa tersebut hidup dalam kegelapan malah boleh diibaratkan masyarakat Arab Jahiliyah sukar untuk kita dapat bezakan antara manusia dan haiwan kerana kehidupan mereka seolah-olah haiwan berwajahkan manusia.

3.6.4 Berbeza dengan Jesus yang tidak membawa hukum baru malah dia datang hanya untuk melengkapi hukum lama seperti yang dikatakannya "Janganlah kamu menyangka bahawa Aku datang untuk meniadakan hukum taurat atau meniadakan kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya melainkan untuk menggenapinya kerana Aku berkata kepadamu,'Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titik pun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat sebelum semuanya terjadi."(Mathew 5:17-18)


3.7 Bagaimana mereka pergi
Nabi Musa dan Nabi Muhamad s.a.w mati dalam kewafatan yang wajar tetapi menurut Kristian Jesus mati dengan kejam dibunuh di tiang salib.


3.8 Syurga Sebagai Tempat Kediaman
Nabi Musa dan Nabi Muhamad s.a.w jasanya terbaring di kubur dalam bumi tetapi Jesus beristirehat di syurga.



* Semoga Allah mencucuri rahmat untuk penulis buku ini  (Tuan Ahmad Deedat)yang pasti telah melakukan kajian terperinci dengan izin Allah untuk menyingkap segala kepalsuan nyata dan semestinya Segala Puji Bagi Allah yang Maha Esa....Penguasa Langit dan Bumi...Pemilik Alam Semesta....

No comments:

Post a Comment