Friday, October 26, 2012

HARAPAN SEMUSIM

Tidak seperti yang diharapkan di peringkat awal blog ini dibina....hampir dua tahun blog ini ditinggalkan begitu sahaja....itulah manusia...semangat hanya berkobar-kobar di peringkat awal namun akhirnya semakin pudar ditelan masa.....

Dua tahun yang berlalu banyak membawa perubahan dalam hidup ini......selepas hampir 6 tahun berkecimpung dalam dunia pekerjaan di Jabatan Pelajaran W.P. Labuan akhirnya mengorak langkah baru kembali bertugas semula di sekolah.......

Setelah 6 tahun tidak mengajar pasti banyak kemahiran dan pedagogi yang semakin hilang dalam diri ini namun.....keyakinanku bulat bahawa semua itu boleh dipelajari semula asalkan niat kita tetap sama iaitu berkhidmat hanya untuk mengharapakan rahmatNya....

Ujian tahun pertama kembali ke sekolah adalah diberi kelas 'istimewa'.....pada awalnya memang sesuatu yang agak berat...namun diri ini memujuk diri sendiri agar mengingati bahawa sesungguhnya anak-anak didik bukan sahaja perlu diberikan ilmu agar lulus cemerlang dalam peperiksaan tetapi apa yang penting ialah mereka menjadi MANUSIA.......

Banyak perbezaan daripada suasana kehidupan sebelumnya namun syukur padaMu ya Rabb kerana rencana yang Engkau berikan memang hebat dan hambaMu sujud mengucap syukur kepadaMu