Saturday, November 20, 2010

APA KITA BIBLE TENTANG NABI MUHAMAD S.A.W (Part 1)

"Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini. Aku menrauh firman-Ku dalam mulutnya dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya." (Ulangan 18 :18)

Perkataan "seperti engkau ini" ditujukan kepada siapa sebenarnya. Adakah kepada Nabi Isa atau Jesus (Kristian) atau kepada Nabi Muhamad s.a.w. Untuk mengetahui kepada siapakah sebenarnya Allah s.w.t nyatakan nabi "seperti engkau ini" kepada Nabi Musa, Tuan Ahmad Deedat telah memberi penjelasan terperinci dan jelas tentang pekara ini.

1. Persamaan antara Nabi Musa dan Jesus (Nabi Isa)

1.1  Nabi Musa dan Jesus adalah sama-sama orang Yahudi.
1.2  Kedua-duanya adalah nabi.

* Tidak ada persamaan lain selain daripada apa yang dinyatakan sahaja. Menurut Tuan Ahmad Deedat jika begini semua nabi lain yang pernah disebut dalam bible juga adalah sama seperti Nabi Musa kerana mereka juga "Yahudi" dan "Nabi".

2. Ketidaksamaan Antara Nabi Musa dan Jesus

2.1 Jesus adalah Tuhan tetapi Nabi Musa bukan Tuhan.
2.2 Jesus mati untuk menebus dosa-dosa dunia manakala Nabi musa tidak.
2.3 Jesus pergi ke neraka selama 3 hari selepas kematiannya tetapi Nabi Musa tidak.

3. Lapan Hujah Yang Tidak dapat Dibantah Tentang Kesamaan Nabi Musa dan Nabi
     Muhamad s.a.w

3.1 Ayah dan ibu
Nabi Musa mempunyai seorang ayah dan ibu dan begitu juga dengan Nabi Muhamad s.a.w tetapi Jesus hanya mempunyai ibu dan ayahnya bukan manusia.

3.2 Kelahiran Ajaib
 Nabi Musa dan Nabi Muhamad s.a.w lahir sepertimana manusia biasa tetapi Jesus lahir tanpa percampuran fizikal antara seorang lelaki dan wanita.

3.3 Ikatan Perkahwinan
Nabi Musa dan Nabi Muhamad bernikah dan mempunyai anak tetapi Jesus tidak.

3.4 Jesus ditolak oleh kaumnya.
Nabi Musa dan Nabi Muhamad tetap diterima oleh kaum mereka walaupun di peringkat awal kedua-dua nabi ini menerima tentangan yang hebat tetapi akhirnya mereka tetap mengakui bahawa kedua-duanya adalah Utusan Allah. Berbeza dengan Jesus yang sampai ke hari ini tetap tidak diterima oleh kaumnya Yahudi secara keseluruhannya.

3.5 Kerajaan "Dunia Luar"
Nabi Musa dan Nabi Muhamad merupakan nabi dan juga raja. Nabi bererti seorang manusia yang menerima wahyu untuk memandu manusia dan menyampaikan petunjuk ini kepada ciptaan Allah seperti yang diterimanya tanpa ada penambahan atau pengurangan. Raja adalah seorang manusia yang mempunyai kekuasaan atas hidup dan mati rakyatnya. Cth : Nabi Musa pernah meneghukum mati orang Isreal yang melanggar hari Sabbath. Nabi Muhamad s.a.w juga bertanggungjawab penuh ke atas kaumnya. Tidak semua nabi diberi kuasa untuk menghukum umatnya seperti Lut, Jonah, Daniel, Ezra dan John Pembaptis (nabi2 dalam bible) termasuk Jesus. Mereka hanya ditugaskan untuk menyampaikan pesan tetapi tidak dapat memaksakan hukuman.
 

3.6 Tiada Hukum Baru

3.6.1 Nabi Musa dan Nabi Muhamad s.a.w membawa hukum dan aturan baru kepada umatnya.

3.6.2 Nabi Musa bukan sahaja membawa 10 perintah Allah tetapi juga hukum-hukum peribadatan yang sangat luas sebagai petunjuk kepada kaumnya.

3.6.3 Nabi Muhamad s.a.w membawa cahaya kebenaran kepada masyarakat Arab jahiliyah yang pada masa tersebut hidup dalam kegelapan malah boleh diibaratkan masyarakat Arab Jahiliyah sukar untuk kita dapat bezakan antara manusia dan haiwan kerana kehidupan mereka seolah-olah haiwan berwajahkan manusia.

3.6.4 Berbeza dengan Jesus yang tidak membawa hukum baru malah dia datang hanya untuk melengkapi hukum lama seperti yang dikatakannya "Janganlah kamu menyangka bahawa Aku datang untuk meniadakan hukum taurat atau meniadakan kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya melainkan untuk menggenapinya kerana Aku berkata kepadamu,'Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titik pun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat sebelum semuanya terjadi."(Mathew 5:17-18)


3.7 Bagaimana mereka pergi
Nabi Musa dan Nabi Muhamad s.a.w mati dalam kewafatan yang wajar tetapi menurut Kristian Jesus mati dengan kejam dibunuh di tiang salib.


3.8 Syurga Sebagai Tempat Kediaman
Nabi Musa dan Nabi Muhamad s.a.w jasanya terbaring di kubur dalam bumi tetapi Jesus beristirehat di syurga.



* Semoga Allah mencucuri rahmat untuk penulis buku ini  (Tuan Ahmad Deedat)yang pasti telah melakukan kajian terperinci dengan izin Allah untuk menyingkap segala kepalsuan nyata dan semestinya Segala Puji Bagi Allah yang Maha Esa....Penguasa Langit dan Bumi...Pemilik Alam Semesta....

Monday, November 15, 2010

NABI MUHAMAD S.A.W ADALAH "PARACLETE"

    • Berlaku banyak percanggahan dalam terjemahan bible. Kesilapan besar pihak gereja ialah dengan menterjemahkan nama orang padahal mereka tidak berhak untuk berbuat demikian. Contoh : Esau jadi Jesus dan Almasih jadi Christ.
    • Dalam bible Jesus membuat ramalan akan datang seseorang sesudahnya. Namun pendakwah Kristian tidak dapat menerima orang itu adalah "Ahmad" atau "Muhamad" s.a.w. Nama yang mereka terima adalah "Pemimpin".
    • Bagi orang Kristian, "Pemimpin tersebut adalah Roh Kudus" - Yunani 14 : 20.
    • Dalam bible asal "Pneuma" adalah untuk "Spirit". Tetapi editor KJV ( The King James Version) atau AVC ( The Authorised Version) dan DOUAY (Versi Katholik Roma) menterjemahkan "pneuma" sebagai Ghost dan bukan spirit.
    • Namun semua ini telah diubah oleh para penyemak bible (Revised Standard Version) perkataan 'Ghost' ditukar kepada 'holy spirit'. Tetapi pendakwah Kristian yang asli tetap menggunakan istilah Ghost.
    • "Holy Spirit" yang dianggap pemimpin oleh orang-orang Kristian sebenarnya merujuk kepada Nabi Suci berdasarkan kepada ayat-ayat dalam bible sendiri yang ditulis oleh John berbunyi  " Saudara-saudaraku yang tersayang, janganlah percaya pada setiap roh tetapi ujilah roh-roh itu, adakah meeka berasal dari Allah kerana banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia,"(John 4 : 1)
    • Ayat ini jelas menunjukkan bahawa "Holy Spirit" merujuk kepada Nabi Suci. Dalam Islam Nabi Suci adalah merujuk kepada Nabi Suci Muhammad s.a.w.
    • Dalam bible jelas menyatakan bahawa "Roh Kebenaran" adalah sinonim dengan "Nabi Kebenaran" merujuk kepada ayat dalam John 4:1.
    • Nabi Muhamad s.a.w merupakan seorang nabi yang membawa dan memperjuangkan kebenaran. Dia menjalani seluruh kehidupannya dengan terhormat dan tekun, dia telah mendapatkan gelaran mulia as-Saadiq(orang yang jujur) dan al-Amin bermaksud "jujur", "lurus" dipercayai bahkan di kalangan para penyembah berhala. Orang yang dipercayai dan tidak pernah berbohong. Kehidupannya, keperibadiannya serta ajarannya benar-benar membuktikan bahawa Nabi Muhamad s.a.w adalah penjelmaan dari kebenaran (Al-Amin) iaitu Roh Kebenaran.

    *Keperibadian Nabi Muhamad s.a.w sudah jelas menggambarkan betapa agungnya peribadi seorang Nabi Suci.

Tuesday, October 12, 2010

MANA YANG LEBIH PENTING PERPADUAN ATAU MENEGAKKAN ISLAM

Sy nak share satu pekara berkaitan dgn isu yg disiarkan di Utusan Malaysia baru-baru ni iaitu "Paderi Hina Islam". Mula2 terbaca news tu terkejut g ada g yg berani buat mcm tu...tpi bila sy teruskan bacaan barulah sy faham yg dimaksudkan ialah "Kisah Benjamin Stephen yang murtad"
Saya dah dgr n saksikan video dia dlm youtube mmg agak kurang ajar tetapi pd sy hamba Allah yg jahil ini segala isu yg dikemukakannya mmg tidak rasional dan tidak kukuh serta tidak logik dan tidak berasas.Antara yg dipertikaikan oleh benjamin terhadap islam ialah :-
1) Dalam Al-Fatihah ada ayat yg berbunyi "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus".....benjamin kata 'wah gawat ini jika nabi sendiri tidak tahu jalan yang lurus, jika dia tidak tahu apalagi umatnya"..ini dakwaan pertama benjamin tetapi walhal sebenarnya dia tidak habiskan keseluruhan makna Al-Fatihah itu iaitu "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, seperti yang telah Engkau berikan kepada orang beriman dan bukannya jalan yang Engkau murkai dan menyesatkan"....jika dia habiskan ayat ini smpi ke penghujungnya pasti dia menemui kebenarannya.
2)Benjamin menghina Rasulallah s.a.w sebagai 'gila seks' krn mengahwini gadis di bawah umur dan wanita tua tapi sebgi muslim sepatutnya dia tahu bahawa setiap perkahwinan Rasulallah ada hikmah dan ada sebab serta tujuan tersendiri untuk penyebaran islam dan bukan didalangi oleh nafsu.
3) Benjamin mendakwa g batu Hajar Aswad menyerupai 'kemaluan wanita' sebab itu orang naik haji malu untuk menceritakannya kata Benjamin....walhal dia sendiri belum pernah g mengunjungi Tanah Suci
4) Dalam Quran dia kata ada ayat (sy lupa ayat yg dia baca) yg menunjukkan islam membenarkan pembunuhan iaitu jihad suci
5)Benjamin g membanding2kan mukijizat antara Nabi Isa dan Rasulallah
Dan ada g beberapa pekara yg dinyatakan oleh Benjamin tpi sebenarnya semua yg dikatakannya bukanlah fakta yg betul tetapi bnyk dia selewengkan dan ditafsir mengikut pemahaman sendiri...
Apa yg saya kesal ialah cara kita sebagai org islam berhadapan dgn isu ini. Sepatutnya bila isu ini ditimbulkan bukan isu perpaduan itu yg digembar-gemburkan sgt tetapi cubalah mereka2 yg komen ttg dakwaan benjamin itu terus menjawab dakwaan benjamin terhadap Islam seperti huraikan makna Fatihah secara meyeluruh, terangkan rasional setiap perkahwinan Rasulallah, ttg Hajar Aswa, ttg Jihad, ttg Nabi Isa dan Rasulallah tak payah ulas ttg perpaduan krn ini yg tambah mengeruhkan suasana.
Pada saya bila youtube itu dapat dikesan apa yg penting ialah para ulama perlu menjawab semua dakwaan benjamin itu dan dimaklumkan kepada org Islam kerana org mualaf seprti sy sebenarnya sgt tertunggu2 jawapan ttg dakwaan itu walapun Ustaz Ayub Abdul Rahman bekas Paderi yg msuk Islam telah menjawab dakwaan itu....tetapi mgkn ada g keterangan yg lbh berkesan apabila golongan ilmuan islam sama-sama menjawab isu ini....
Maksud sy ialah jgn sentuh bnyk ttg perpaduan tak ada bnyk maknanya dalam pembinaan akidah kita (pandangan mualaf yg jahil) malah tmbh memanaskan keadaan krn kenyataan pihak2 tertentu yg dah mula panas apa yg penting ialah TINDAKAN YG LEBIH ISLAMIC IAITU TERUS KEPADA MENJAWAB DAKWAAN BENJAMIN SUPAYA ORG ISLAM TIDAK G RAGU2..ntahlah smpi skg rasanya belum ada yg menjawab dakwaan Benjamin tu kecuali Ustaz Ayub itupun dalam youtube g
Dalam news tu kata 'baru2' ini sebenarnya dah lama youtube tu tahun 2007 tu satu kesilapan fakta g yang mengundang senyum sinis org2 kafir menunjukkan kita tidak alert dengan fakta yg betul.
Saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana org kafir berhdpn dgn masalah ini. Saya masih ingat ketika sy tinggal di asrama gereja dulu timbul isu lebih kurang mcm ni iaitu Kisah Paderi Masuk Islam iaitu Fr. Thomas Laiden . Waktu itu pihak gereja menangani masalah ini dgn penuh berhemah....mereka tidak cepat melatah...apa yg mereka buat ialah bila isu ini keluar...semua paderi tdk dibenarkan mengulasnya seblm kenyataan dr Bishop keluar...mereka mengkaji ttg dakwaan ini dan apa yg mereka buat ialah mengeluarkan kenyataan yg berbunyi "Siapapun orang yg mengaku sebagai paderi itu adalah tidak benar kerana berdasarkan fakta-fakta yg dia keluarkan adalah tidak benar....dan paderi terus jawab setiap dakwaan bekas paderi itu dan semua org kafir waktu itu termasuk sy berpegang teguh pd kata-kata itu krn dia langsung tidak menyentuh ttg hal lain tetapi direct pd agama.....
Tetapi kita orang Islam bila timbul isu ini terus melenting pasal perpaduan....terus ungkit kisah2 sensitif ...itu tak perlu..yg penting skg golongan ulama tampil ke depan jawab dakwaan benjamin...perbetulkan semua fakta itu ....
Sy mhn maaf jika bahasa sy kasar bukan niat (langsung tiada niat) untuk mengagung-agungkan agama asal dan merendahkan Islam(istighfar) cuma sy ingin membawa perbandingan penyelesaian masalah ini agar kita sedar bahawa taktik org kafir ini sebenarnya tidak serendah yg kita sangka mereka jauh lebih licik. Di media massa kita sibuk perkatakan isu ini dari sudut perpaduan tetapi di gereja mereka telah bertepuk tangan kerana berjaya menyebabkan orang Islam tidak 'terjawab' dakwaan benjamin golongan ulama tidak menjawab bererti satu kemenangan bagi mereka..

p/s Kita harus lebih banyak memohon agar Allah memberikan perlindungan kepada semua kita daripada aniaya orang kafir.....

Thursday, September 23, 2010

PENANTIAN SESUATU YG INDAH ATAU MENYAKITKAN

Fitrah sebagai manusia biasa, kita lazimnya akan berdebar-debar apabila berhadapan dengan situasi yang dinamakan 'penantian' sehinggakan wujud kata-kata  'Penantian Satu Penyeksaan'. Dalam masa kita menunggu pasti pelbagai debaran sama ada dalam bentuk cemas, bimbang ataupun kerisauan akan muncul. Ini ditambah pula dengan pelbagai lagi sangkaan dan persepsi terhadap apa yang akan bakal berlaku dan terjadi dengan penantian tersebut.......sama ada baik atau buruk....

Sama seperti situasi apabila kita menanti kehadiran ataupun respon daripada orang-orang tertentu atau mana-mana pihak yang kita rasa akan membawa sesuatu dalam hidup kita. Keresahan pasti akan menyelubungi kita sehinggalah kita mendapat kata putus atau jawaban daripada 'mereka' yang kita nantikan selama ini.......

Kadang-kadang kita juga terlalai dan terleka dengan debaran penantian. Kita lupa untuk memohon kekuatan kepada Allah s.w.t agar sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah yang berterusan agar apa sahaja kemungkinan jawapan terhadap penantian tersebut akan dapat kita tempuhi dengan tenang dan penuh ketakwaan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...apa yang terbaik pada pemikiran kita untuk penantian ini mungkin tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat kerana hanya Dia yang lebih mengetahui dan Dia yang berkuasa menentukan dan menetapkan segala-galanya untuk setiap hambaNya.

Namun sebagai hamba Allah yang jahil dan lemah kita kadangkala merasa sangat tertekan apabila jawapan kepada penantian yang kita tunggu selama ini tidak seperti yang kita harapkan. Apabila ini berlaku kita mula menyalahkan takdir...kita mula menyumpah seranah...kita mula saling menyalahkan...kita mula mencari punca kesalahan yang pastinya banyak mencari kesalahan pihak lain dan jarang sekali yang muhasabah dirinya sendiri...malah ada ketika kita akan terus berpaling daripada jalan Allah sehingga terungkap kata-kata seorang yang tidak beriman iaitu mengatakan 'Allah tidak Adil'

Percayalah sahabat bahawa Allah sentiasa adil kerana Dia Maha Adil tetapi kita sendirilah yang banyak bersikap tidak adil pada diri kita sebenarnya....adakah sepanjang penantian ini kita telah serahkan sepenuhnya kepada Allah atau kita hanya memandang kagum kepada kehebatan diri sendiri dan sesama makhluk...kita lebih banyak bergantung kepada kekuatan diri kita yang sebenarnya tidak punya apa-apa...kita terlalu mengharap pada pertolongan sesama makhluk walhal mereka juga sama seperti kita...tetapi kita lupa sama sekali untuk memohon daripada Dia yang Maha Kuasa....

Dalam situasi kita berhadapan dengan penantian, kita mengharapkan sesuatu itu berdasarkan keinginan yang kita mahu walhal kita tahu hidup kita di muka bumi ini adalah atas belas kasihan Allah..tetapi kita tidak pernah menyandarkan semua penantian itu kepada Allah....yang kita tahu semua mesti ikut apa yang kita mahu...tidak boleh lari daripada perancangan walhal itu semuakan di bawah ketentuan Allah...adakah itu adil....

Sepatutnya kita menyandarkan sepenuhnya jawapan penantian itu kepada Allah...tetapi bukannya tidak berusaha....jangan pula ada yang salah sangka....bertawakal maknanya kita berusaha dan selebihnya berserah kepada Allah dan bukannya kita menyerah sepenuhnya dan hanya menunggu sahaja buah jatuh ke dalam tangan kita....

Dalam Islam bila berada dalam situasi penantian yang menyeksakan...yang menjadikan kita berada dalam persimpangan.....kita dianjurkan untuk melaksanakan solat isthikarah...dan kalau ikut pembacaan yg saya buat...lebih afdal dan mustajab jika dilakukan di sepertiga malam dimana pada masa ini diriwayatkan bahawa Allah turun ke langit dunia mendengar dan mengabulkan permohonan setiap orang yang memohon kepadaNya...jadilah mohonlah kepadaNya..wahai hamba-hamba Allah yang bertawakal....

p/s Apabila menerima sesuatu yang ditunggu-tunggu dan akhirnya datang seperti yang kita harapkan jangan lupa mengucap syukur kepada Allah s.w.t kerana Dia yang memberikannya kepada kita..Maha Suci Allah

Wednesday, September 22, 2010

KECELARUAN FIKIRAN : ANTARA REALITI DAN FANTASI

Keinginan untuk 'membuka' blog ini di peringkat awal adalah hanyalah sebagai wadah untuk diri ini membuat catatan harian ataupun perkongsian pelbagai bahan-bahan ilmu. Keinginan untuk mencipta satu blog yang hebat seperti orang lain yang mampu menarik ramai pembaca sesuatu angan yang pastinya agak sukar dicapai.

Setelah memiliki blog sendiri rupanya barulah saya sedar bahawa sesungguhnya untuk menulis atau membuat catatan berkaitan dengan apa sahaja pekara yang berkaitan dengan kehidupan seharian merupakan satu pekara yang bukan senang. Oleh itu, saya 'tabik hormat' dan 'tabik spring' kepada semua blogger yang begitu hebat dalam mengolah kata-kata dan ayat-ayat dalam blog masing-masing sehinggakan orang begitu tertarik dengan penulisan anda. Tahniah juga kepada para blogger yang sentiasa dapat 'update' blog masing-masing.

Saya juga sedar bahawa sesungguhnya kelebihan menulis itu adalah anugerah hebat dan terindah daripada Allah s.w.t kepada para hambaNya. Jadi kepada anda semua yang mempunyai kebolehan dan kemahiran menulis sesungguhnya jadikanlah karunia yang dianugerahkan Allah kepada anda sebagai satu ruang untuk menambah amal ibadah di dunia dan juga di akhirat. Ini kerana tidak semua manusia boleh mengolah ayat seperti anda. Ini saya alami sendiri. Banyak idea yang nak disampaikan tetapi nak menyampaikannya dalam bentuk tulisan yang boleh difahami oleh orang lain mungkin bukanlah satu pekara yang mudah. Oleh itu, sekalung tahniah dan ucapkan rasa syukur kepada semua penulis yang benar-benar dikurniakan kebolehan dan kemahiran menulis ini. Maha Suci Allah......

Namun demikian, daripada penciptaan blog ini banyak juga pengajaran yang Allah berikan kepada hambaNya. Sesungguhnya masa itu adalah sesuatu yang sangat berharga.Kita tidak punya kuasa untuk mengubah masa. Semua yang berlaku takkan dapat diulang semula. Pada awalnya berbekalkan semangat blogger baru yang berkobar-kobar saya bertekad untuk mencatat sekurang-kurangnya satu post dalam blog ini setiap hari tetapi sesungguhnya masa itu adalah milik Allah. Jika kita sebagai hambaNya tidak dapat menggunakan masa itu dengan sepenuhnya maka ia berlalu begitu sahaja. Keinginan untuk sentiasa update blog ini hanya menjadi keinginan semata-mata. Dengan kesibukan seharian yang kadangkala mungkin disebabkan oleh kelemahan hamba Allah ini dalam pengurusan masa menyebabkan keinginan tersebut hanya tinggal keinginan...itulah yang dikatakan antara realiti dan fantasi....betapa mudahnya kita berkeinginan atau membina sebuah impian tetapi jika tidak disertai dengan usaha, kesungguhan dan tawakal kepada Allah maka keinginan tersebut tidak akan menjadi kenyataan...dan pasti tak akan menjadi realiti sampai bila-bila cuma yang pasti ia akan menjadi satu fantasi yang akan sentiasa membayangi kita setiap masa......fikir-fikirkanlah...mungkin hanya saya sendiri yang mengertinya.... dan hanya Allah yang Maha Mengetahui....

p/s satu kejayaan buat hamba Allah ini kerana akhirnya berjaya juga menulis satu post untuk hari ini.....semoga sentiasa mendapat kekuatan daripadaMu ya Allah...syukur kami hanya untukMu

Saturday, September 18, 2010

INDAHNYA JIKA DAPAT BERPELUANG MENJADI TETAMU ALLAH

Semangat begitu berkobar-kobar untuk terus menulis dalam catatan blog ini. Almaklumlah waktu hujung minggu...bukan tak ada kerja sebenarnya tetapi sebagai mengisi masa rehat peralihan setiap kerja rumah yang dilakukan.

Y Allah hambaMu ini begitu terkesan dengan dua buah buku yang baru selesai ku baca berkaitan dengan betapa indahnya apabila seseorang itu berpeluang untuk menjadi Tetamu Allah di tanah Suci. Semoga dua orang penulis buku ini iaitu Prof Muhd Kamil Ibrahim "Travelog Haji' dan Ustaz Ghazali Ibrahim "Kembara Hati di Tanah Suci" beroleh rahmat Allah s.w.t di atas penulisan buku yang sangat memberikan kesan kepada hamba Allah yang masih jahil seperti saya.

Sungguh tidak terjangkau oleh pemikiran kerdil kita sebagai manusia yang sangat lemah akan kebesaran dan kekuasaan Allah. Maha Suci Allah di atas segala kurniaan rahmatnya sehingga terus membuka dan memberi keinsafan kepada hambaNya bahawa sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara. Kedua-dua buku ini memberi penekanan bahawa sebagai seorang yang mengaku Islam kita harus berusaha seboleh-bolehnya memenuhi kesemua 5 Rukun Islam yang menjadi asas dan tiang agama iaitu :-
  1. Mengucap dua kalimah Syahadah
  2. Solat
  3. Puasa
  4. Zakat
  5. Haji
Seperti yang dihurai oleh kedua-dua penulis ini bahawa kebanyakan umat Islam akan dapat memenuhi 4 rukun di atas tetapi berlaku pengabaian dan sikap melengah-lengahkan di kalangan kita untuk rukun yang kelima walhal rukun kelima tersebut banyak kelebihannya yang Allah janjikan kepada mereka yang sentiasa membuka hati dan berusaha untuk menunaikannya.

Maha Suci Allah...ketika membaca kedua-dua buku ini hati begitu tersentuh dan terkesan dengan penghuraian kedua-dua penulis khususnya berkaitan dengan pengalaman sepanjang berada di Tanah Suci. Terdetik di hati ini adakah hambaMu ini ya Allah akan diberi peluang untuk menikmati keindahan seperti yang telah dirasai oleh mereka yang pernah menjadi tetamu mu Ya Allah.

Hati menjadi sayu...mata menitiskan airmata tanda keinsafan bahawa sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu adalah di dalam kekuasaanMu ya Allah....sesungguhnya hambaMu ini sememangnya tidak punya apa-apa ya Robb tiada kekayaan dan penuh pula dengan kejahilan tetapi rasa keinsafan untuk terus sujud kepadaMu memohon keampunan dan keredhaanMu sentiasa berkobar-kobar dalam jiwa hambaMu dan sesungguhnya hanya Engkau Allah yang Maha Mengetahui sejauhmana keikhlasan hambaMu ini memohon dan memohon terus kepadaMu semoga satu hari nanti hambaMu ini akan menjadi tetamuMu ya Allah TetamuMu yang paling istimewa seperti yang pernah didoakan oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim.

Untuk Prof Muhd Kamil Ibrahim sesungguhnya hasil tulisan Prof memang amat berkesan dan pada perkiraan hamba Allah yang jahil ini doa Prof ketika di Multazam memohon agar Allah memberkati usaha penulisan buku ini telahpun dikabulkan Allah. Jiwa dan hati saya meronta untuk berkunjung ke Tanah Suci tapi apakan daya pelbagai rintangan sebagai manusia lemah yang perlu dihadapi namun saya yakin seperti yang prof katakan bahawa kita harus terus memohon kepada Allah kerana hanya Dia yang mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang akan menjadi tetamunya.

Untuk Ustaz Ghazali Ibrahim tulisan Ustaz tak kurang hebat kesannya dan saya yakin itu semua adalah kerana rasa keikhlasan daripada hati Ustaz untuk terus menyeru umat Islam yang berkemampuan agar pergi menunaikan haji. Intipati penulisan Ustaz yang saya dapat ialah apapun utamakan untuk pastikan kita dapat menunaikan 5 rukun islam selagi Allah beri kita ruang dan peluang untuk terus hidup di muka bumi ini. Jangan berlengah dan jangan keluarkan pelbagai alasan kerana sessungguhnya seruan haji adalah untuk semua umat Islam sama ada mampu atau tidak bergantung kepada niat dan kesungguhan kita.

Semoga kedua-dua penulis ini akan terus berkarya untuk menyedarkan umat Islam dan saya yakin bahawa Prof dan Ustaz telahpun memperolehi 'Haji Mabrur'.

Keinginan di hati begitu tingggi untuk berkunjung ke Tanah Suci. Ya Allah tidak dapat hambaMu yang hina ini gambarkan bagaimana rasa hati yang teringin ke sana...mungkin inilah yang dinamakan kerinduan mengunjungi Tanah Sucimu..ya Allah berilah juga peluang kepada hambaMu ini agar dapat sujud kepadaMu di Tanah Sucimu sebagai tetamuMu yang paling Istimewa......

Kepada sesiapa yang belum membaca buku ini bacalah........tak mahal cuma dalam RM 30 sahaja...anda pasti tidak akan rugi dan apabila telah mula membacanya seakan-akan anda tidak mahu berhenti sebelum menamatkan buku tersebut...ya begitu indah sekali kerana keikhlasan penulis yang mendapat keredhaan Allah itulah yang berjaya meruntun jiwa setiap pembacanya.....Maha Suci Allah

Friday, September 17, 2010

ZIRAH MELANGKAH KE USIA 8 TAHUN

Hari ini bersamaan 18 Sept 2010 maka genaplah usia puteri sulungku 8 tahun. Dah besar panjang rupanya anak mama. Jika diukur dari segi fizikalpun dia dah sampai tinggi aras dagu mamanya....tak lama lagi zirah mungkin lebih tinggi daripada mama kata abahnya di pagi hari lahirnya.

Doa Mama untuk Zirah :-

Ya Allah, Engkau pemilik segala isi langit dan bumi, Engkau Penguasa Segala Makhluk...HambaMu yang penuh dengan kejahilan dan kelemahan ini menadah tangan mengucap syukur padaMu ya Allah di atas rahmat dan kurniaanMu kepadaku. Terima kasih dan syukur ya Allah kerana kini anak sulungku Nazifah Zahirah telahpun genap usia 8 tahun dan hambaMu ini sedar ya Allah bahawa dengan pertambahan usia anak ini pasti juga tanggungjawab kami sebagai ibu bapa yang telah Engkau amanahkan untuknya semakin berat.

Ya Allah, oleh itu hambaMu ini memohon kekuatan agar kami dapat melaksanakan tanggungjawab ini mendidik anak ini Nazifah Zahirah menjadi anak yang berguna dunia dan akhirat. Sesungguhnya ya Allah kami tidak punya kemampuan tanpaMu dan kami tidak punya apa-apa tanpaMu.

Ya Allah kurniakanlah usia yang panjang diiringi dengan kesihatan yang baik dan berterusan untuk anakku Nazifah Zahirah. Semoga anak ini akan Engkau jadikan di kalangan hambaMu yang beriman dunia dan akhirat. Pelihara akhlak dan akidahnya Ya Allah agar dia kekal terpelihara menjadi anak yang solehah. Kurniakanlah kepadanya ya Allah Pemilik segala Ilmu Pengetahuan kepintaran dan kebijaksanaan supaya dia terlepas daripada golongan mereka yang kufur sehingga menyebabkan kemungkaran kepadaMu.

Lindungilah dan selamatkanlah dia daripada segala bala,musibah dan malapetaka...semoga doa seorang ibu ini akan Engkau perkenaankan untuk seorang anak yang menyambut ulang tahun kelahirannya sebagai tanda sujud dan syukur hambaMu kepada Allah yang Maha Esa......Amin....

Zirah mengertilah di sebalik namamu NAZIFAH ZAHIRAH tersimpan satu pengertian yang cukup dalam iaitu BERSIH BERKILAU....semoga anak mama akan terus menjadi anak yang sentiasa bersih zahir dan batin dunia dan akhirat..niatkan apapun yang kita buat di dunia ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t

SALAM PERKENALAN

Sesuatu yang indah itu bermula daripada catatan rasa keikhlasan terhadap apa yang telah dilalui sepanjang rona-rona kehidupan ini. Namun demikian, semoga wujudnya blog ini bukan menjadikan ia sebagai salah satu yang boleh melalaikan hambaMu ini ya Allah tetapi cuma sebagai wadah untuk hambaMu ini menzahirkan rasa syukur di setiap nikmat yang telah Engkau berikan.

Pemilihan nama 'Travelogabadi' sebagai tanda keinsafan bahawa sesungguhnya hidup ini cumalah sebagai satu persinggahan ke arah menuju perjalanan abadi. Dalam meniti ranjau-ranjau kehidupan pasti kita akan melalui pelbagai onak dan duri yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t sebagai ujian yang mematangkan kehidupan hambaNya.

Semoga melalui blog ini hambaMu ini akan lebih kuat dan lebih bersemangat menempuh kehidupan dengan satu keyakinan bahawa sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba yang sentiasa memohon dan berlindung sepenuhnya hanya kepadaNya.

Blog ini akan memaparkan catatan harian kehidupan malah juga akan saya jadikan sebagai medan untuk berkongsi ilmu hasil pembacaan dan pencarian internet untuk peringatan sendiri dan kepada sesiapa saja yang mengunjungi blog ini.